MAHASISWA UPM DILANTIK SEBAGAI DUTA #KISAHSISWA | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » MAHASISWA UPM DILANTIK SEBAGAI DUTA #KISAHSISWA

MAHASISWA UPM DILANTIK SEBAGAI DUTA #KISAHSISWA

Serdang, 15 Mac - Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM (CEM) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada dua mahasiswa yang telah dilantik sebagai duta bagi #KisahSiswa telah melaksanakan oleh Talent Corps Malaysia. 

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata Program Sukarelawan Digital KisahSiswa di bawah Talent Coporation Berhad merupakan Sebuah program intervensi untuk membawa lebih ramai penyokong sukarelawan yang digelar “Graduate Ambassador” untuk meningkatkan kesedaran mengenai Kebolehpasaran Siswazah (GE) kepada pelajar, graduan dan pencari kerja Malaysia. 

“Dua pelajar dari UPM berjaya dilantik sebagai “Graduate Ambassador” iaitu Raja Nur Basyirah Binti Raja Azahar dari Bacelor Ekonomi dan Lutfil Amin Bin Mahd Suhaimi dari Bacelor Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (PSE)” katanya lagi. 

Mereka berdua berkongsi, program ini berfungsi sebagai strategi pemasaran untuk #KisahSiswa terus mencapai lebih ramai pelajar, graduan dan pencari kerja untuk mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

“Melalui perlantian ini, kami dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai Kebolehpasaran Siswazah (GE) kepada pelajar, graduan dan pencari kerja Malaysia”, menurutnya lagi.

Program Sukarelawan Digital KisahSiswa dianjurkan oleh pihak Talent Coporation Berhad dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia. 

Date of Input: 25/04/2021 | Updated: 25/04/2021 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdTAx~