PROGRAM INKUBATOR TOP AGRO@UPM LAHIR USAHAWAN SISWA AGRO | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » PROGRAM INKUBATOR TOP AGRO@UPM LAHIR USAHAWAN SISWA AGRO

PROGRAM INKUBATOR TOP AGRO@UPM LAHIR USAHAWAN SISWA AGRO

SERDANG, 25 Mei – Program Inkubator Top Agro @UPM diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sepanjang tahun 2021 bertujuan untuk memantapkan usahawan siswa agro yang mempunyai atribut keusahawanan pertanian merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan perniagaan tani.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM berkata, inkubator ini dipecahkan kepada 3 projek iaitu penanaman rock melon, cili dan pemprosesan makanan. Seramai 20 peserta terlibat dalam menjayakan program ini untuk membentuk pelajar yang mampu berdaya saing dalam perniagaan berasaskan agro.

“Pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah menyalurkan dana sebanyak RM50,000 untuk keperluan program ini. Peserta bukan sahaja didedahkan dengan ilmu keusahawanan malah mereka juga akan mendaftarkan syarikat perniagaan sendiri dan akhirnya menjadi usahawan dengan menjual hasil pertanian”, katanya lagi.

Salah seorang peserta Mohamad Arif berkata, di dalam program ini saya diberi kepercayaan oleh pihak CEM untuk menjadi ketua projek bagi penanaman cili secara fertigasi dan saya bersama ahli kumpulan telah berjaya menanam sebanyak 1000 anak pokok cili dari benih Sakata 461 di Plot Penyelidikan Konservatori, Institut Biosains (IBS) UPM. Beliau yang juga merupakan pelajar daripada Bacelor Sains Pertanian dapat mengaplikasikan semua ilmu yang perolehi semasa dalam pengajian untuk projek cili ini.

Program Inkubator Top Agro @UPM dianjurkan oleh pihak CEM dengan kerjasama pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Insitut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI), Institut Biosains (IBS) UPM, Kolej Pendeta Za’ba UPM, Pusat Perhubungan Alumni UPM, Fakulti Pertanian dan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Date of Input: 31/05/2021 | Updated: 31/05/2021 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEZKAn~