UEC Vietnam Programme 2019 | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » UEC Vietnam Programme 2019

UEC Vietnam Programme 2019

 

UEC Vietnam Programme 2019 "Explore The Spirit Of An Entrepreneur Innovation"
Ho Chi Minh, Vietnam
23 - 27 Januari 2019
 
Pada 23 - 27 Januari 2019, Kelab Keusahawanan UNIPUTRA (UEC) dengan kerjasama CEM UPM telah mengorak langkah melaksanakan satu program mobiliti keusahawanan ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam sebagai anjakan kepada proses pengantarabangsaan program keusahawanan melibatkan usahawan siswa UPM. Menurut pengarah program, Fatin Hazirah Binti Surizan, program berteraskan akademik tersebut bertujuan memberi tambah nilai dalam aspek kepimpinan, pemantapan akademik dan kemahiran insaniah peserta yang terdiri dari ahli Kelab UEC .
 
 
 
Peserta telah didedahkan dengan sosio ekonomi masyarakat vietnam dan peluang perniagaan yang dinamik serta ekosistem keusahawanan yang luas dan kompleks merangkumi setiap peringkat masyarakat vietnam. Program turut dimuatkan dengan lawatan kerja ke Universiti RMIT University Vietnam, Saigon South Campus bagi menilai pertumbuhan ekosistem keusahawanan didalam kampus.
 
Program telah melibatkan 11 ahli Kelab Keusahawanan UNIPUTRA dan 3 orang pegawai CEM UPM yang bertindak sebagai pegawai pemantau sepanjang program berlangsung.

Date of Input: 31/01/2019 | Updated: 31/01/2019 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1319
0389471124
C1569228757