Logo EKSA UPM | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» ABOUT US » Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) » Logo EKSA UPM

Logo EKSA UPM

RASIONAL LOGO EKSA UPM 

Ilustrasi Anjung Putra merupakan lakaran mercu tanda Universiti Putra Malaysia. Ia menjadi lambang kebanggaan setiap warga UPM.

Garisan Tapak berbentuk melengkung merupakan simbolik kepada rupa bentuk tanah UPM dan berkait rapat dengan alam semulajadi.

Tipografi 'EKSA UPM’ jenis font Carbon dicondongkan ke kanan menunjukkan halatuju dinamik universiti yang sentiasa bergerak maju ke hadapan dalam melaksanakan sistem amalan EKSA.

‘Imej Daun Palma’ yang sinonim sebagai ikon UPM melambangkan persekitaran kerja kondusif yang menyokong kepada kelestarian hijau.


Pengertian Warna


MERAH UPM:
Melambangkan pembudayaan kualiti di kalangan kakitangan UPM selaras dengan statusnya sebagai salah satu Universiti Penyelidikan (RU) terkemuka di Malaysia.

KELABU UPM:
Menggambarkan peranan pihak pengurusan yang komited dalam penyediaan persekitaran kerja yang kondusif di setiap PTJ di UPM.

HIJAU:
Penggunaan dua tona hijau mewakili amalan kelestarian hijau dan persekitaran yang harmoni. Warna hijau dipilih mengesahkan pengiktirafan kepada UPM yang memartabatkan kampus kelestarian hijau.

Updated:: 24/08/2022

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEaVAY~