Brian Spisak: Kajian Penampilan Pemimpin Berbanding Kecerdasannya | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » Brian Spisak: Kajian Penampilan Pemimpin Berbanding Kecerdasannya

Brian Spisak: Kajian Penampilan Pemimpin Berbanding Kecerdasannya

  Brian Spisak: Kajian Penampilan Pemimpin Berbanding Kecerdasannya

oleh: Rudy Ludinata, Timbalan Pengarah CEM

Pegawai Awam merupakan nadi dan inspirasi perkhidmatan awam negara serta penentu kejayaan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Maka tidak hairanlah penampilan seorang penjawat awam perlu dilihat berautoriti yang mana akhirnya menampilkan imej berkredibiliti seorang pemimpin yang mewakili organisasi.

Kajian yang dilakukan oleh Brian Spisak etc. dari VU University, Amsterdam menyatakan bahawa pakaian yang rapi dan tubuh badan nan bersih merupakan syarat menjadi seorang pemimpin yang menjadi idaman ramai orang. Hal ini kerana ketika kita memilih seorang pemimpin, perkara yang pertama diperhatikan oleh orang ramai ialah penampilan dirinya.

Maklumat yang diterbitkan di dalam Frontiers in Human Neuroscience itu menjelaskan penelitian Spisak mengenai pandangan masyarakat terhadap ciri-ciri seorang pemimpin dalam hal kesihatan, kecerdasan dan penampilan.

Dalam kajian tersebut, seramai 148 responden yang terlibat di dalam kajian tersebut telah diberi dua (2) keping gambar foto lelaki. Mereka diminta untuk memilih gambar lelaki yang kelihatan sihat dan berpenampilan kemas atau lelaki yang kelihatan cerdas dan pandai, yang dianggap sesuai dan mampu menjadi seorang pemimpin di dalam organisasi.

Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa 69% responden memilih gambar lelaki dengan penampilan diri yang terlihat kemas dan sihat. Ini jelas menunjukkan bahawa penjawat awam yang mempunyai aspirasi dan mendapat banyak sokongan adalah mereka yang memiliki penampilan diri yang terbaik.

Justeru, semakin ramai pemimpin eksekutif, penjawat awam dan ahli politik rela mengeluarkan wang untuk mengubah penampilan diri menjadi lebih berkarisma yang mana ia boleh meningkatkan peluang kerjaya mereka pada masa hadapan. Memang benar, kepintaran otak juga diperlukan untuk melunaskan kerja. Namun, tidak bererti kita mengenepikan kekuatan citra diri dengan berpenampilan terbaik.

Kesimpulannya, penjawat awam yang berpakaian rapi, bersih dan mengikut peraturan berpakaian yang betul ketika di pejabat akan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap tugas awam yang dilaksanakannya.

Rujukan:

  • Brian Spisak et al (2014). A face for all seasons: Searching for context-specific leadership traits and discovering a general preference for perceived health. Frontiers in Human Neuroscience, November 2014 DOI.
  • Rudy Ludinata (2018), 77 Inspirasi Gaya Penjawat Awam.

Tarikh Input: 16/07/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEeAAd~