
4 LANGKAH UTAMA MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI SEBAGAI USAHAWAN
Keyakinan terhadap diri sendiri dalam pengurusan bisnes amatlah penting sebagai seorang usahawan. Apabila anda yakin dengan diri sendiri sudah tentulah anda mampu untuk mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal mendatang dengan fikiran yang positif. Oleh itu, bagaimanakah cara untuk anda membina dan mewujudkan keyakinan dalam diri sendiri ?
Dengan ilmu dan kepakaran yang mencukupi anda akan lebih yakin dengan diri sendiri untuk mengambil keputusan dan meneruskan perniagaan anda. Pengetahuan yang mencukupi amat penting dalam membentuk keyakinan terutamanya apabila ingin berhadapan atau bekerjasama dengan pihak lain. Misalnya, lakukan kajian mendalam, baca buku berkaitan keusahawanan atau ikuti forum untuk memahami keperluan industri secara spesifik dan memahami selok-belok perniagaan. Anda mampu meletakkan diri di kalangan usahawan yang berjaya dan berpengalaman dengan pengetahuan yang mencukupi dan ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan diri anda sebagai usahawan.
Mempunyai hala tuju yang jelas akan membuatkan anda lebih fokus dan yakin sebagai usahawan. Untuk mendapatkan hala tuju yang jelas anda perlulah mengenal pasti objektif, visi dan misi utama anda melibatkan diri dalam bisnes agar anda boleh melakar dan menentukan hala tuju perniagaan. Setkan expectation yang tinggi dalam perniagaan supaya anda akan lebih berani untuk mengambil keputusan dan keluar dari zon selesa sekaligus menggunakan kebolehan anda semaksimum yang boleh. Dengan expectation ini hala tuju perniagaan akan lebih jelas dan anda juga akan lebih yakin dengan diri sendiri.
Usahawan yang berjaya perlu lebih dominan berfikiran positif dengan diri sendiri. Raikan setiap kejayaan yang dicapai walaupun ia merupakan sekecil-kecil perkara. Ini untuk membentuk mindset bahawa anda layak diraikan dan mampu untuk menyelesaikan tugas atau sesuatu perkara sekaligus meningkatkan motivasi anda. Raikan kejayaan bukan hanya dengan hadiah yang mewah dan besar tetapi cukup meraikan diri dengan benda kecil seperti membeli kopi selepas berjaya menyelesaikan tugasan, kira-kira atau lain-lain. Dengan mindset ini anda akan lebih berkeyakinan dan lebih menghargai diri sendiri.
Mentor atau mencari networking yang berpengalaman dan bersesuaian amat penting untuk membina keyakinan. Melalui hubungan yang dibina anda akan mendapat ilmu baharu kerana mereka akan memberi pendapat apa yang patut dan tidak patut diambil dalam perniagaan. Keadaan ini akan membantu anda untuk lebih yakin berhadapan dengan dunia perniagaan kerana anda mempunyai pengetahuan yang boleh diguna pakai melalui pengalaman sebenar dari mentor atau dari usahawan lain dari hubungan perniagaan.
Dengan beberapa cara ini anda akan mampu untuk membentuk keyakinan sedikit demi sedikit sebagai usahawan baharu. Pastikan anda mempunyai keyakinan yang mencukupi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dari setiap aspek dan mampu membentuk personaliti yang terbaik.
Tarikh Input: 05/05/2026 | Kemaskini: 05/05/2026 | hendrik

Aras 1 CEM, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Klik > Video Lokasi <