CARA MENGHADAPI KEGAGALAN SEBAGAI USAHAWAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » CARA MENGHADAPI KEGAGALAN SEBAGAI USAHAWAN

CARA MENGHADAPI KEGAGALAN SEBAGAI USAHAWAN

 

 

CARA MENGHADAPI KEGAGALAN SEBAGAI USAHAWAN

Menjadi usahawan bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana di suatu saat anda akan menghadapi situasi kegagalan. Disinilah semangat anda sebagai usahawan akan teruji. Berikut adalah beberapa cara untuk anda bangkit semula dan menghadapi kegagalan :

Yang pertama, tukar perspektif anda. Anggaplah kegagalan ini sebagai satu maklum balas dan proses pembelajaran, bukan penamat untuk segala-galanya. Dengan perspektif yang positif begini anda akan lebih bersemangat dan tidak mudah berputus asa. Buka minda anda dengan perkara-perkara yang positif dan jangan pernah berhenti untuk mempelajari dan mencari ilmu pengetahuan untuk menambah pengetahuan selok-belok keusahawanan. Percaya dengan keupayaan diri sendiri dan jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merendahkan semangat anda.

Lakukan juga analisis terhadap kesilapan yang pernah dilakukan. Fahami kesilapan masa lalu agar anda tidak akan mengulangi kesilapan itu dan dapatkan nasihat atau pandangan dari orang yang lebih berpengalaman. Dengan ini, anda akan tetap berkembang dengan mempelajari kesalahan yang dilakukan dan tidak menganggapkan itu satu kegagalan yang tidak boleh dibaiki. Gunakan pengalaman kegagalan anda untuk merangka semula rancangan perniagaan baru yang lebih kukuh dan strategik.

Dapatkan sokongan mental dan fizikal dari keluarga atau teman terdekat yang boleh dipercayai. Jangan berdiam diri ketika menghadapi kesukaran dan memendamnya berseorangan kerana kadangkala anda akan berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi emosi ketika berhadapan dengan masalah. Kongsikan segala kepayahan dan kesusahan yang dihadapi dengan mentor, rakan usahawan, koperator untuk mendapatkan sokongan moral. Anda sangat memerlukan sokongan moral dari orang sekeliling ketika berhadapan kegagalan supaya anda tidak tenggelam dengan perasaan atau pemikiran negatif. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lebih baik dan lega apabila mendapatkan sokongan dan tidak putus asa.

Perkara yang paling penting apabila berhadapan dengan kegagalan adalah jangan mudah berputus asa. Ini merupakan kunci utama untuk menjadi usahawan yang berjaya. Jika anda mudah berputus asa, setiap yang anda lakukan hanya akan menemui jalan buntu dan kegagalan. Dengan semangat yang tinggi dan pemikiran yang positif  anda mampu untuk terus bergerak ke hadapan tanpa memikirkan kesalahan yang dilakukan merupakan satu masalah besar dan punca untuk anda berhenti atau berputus asa.

Oleh itu, tetaplah bersemangat dalam menghadapi segala ujian sebagai usahawan dan jangan pernah berputus asa. Jadikan kegagalan sebagai  sumber kakuatan yang baharu dan tetap melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

 

Ditulis oleh: Noratirah binti Rahim, pelajar latihan industri

Tarikh Input: 09/05/2026 | Kemaskini: 09/05/2026 | hendrik

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
X, (12:56:45am-01:01:45am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]