Ekspo Kerjaya Dan Keusahawanan (CE EXPO) UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan (CE EXPO) UPM

Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan (CE EXPO) UPM

Eskpo Kerjaya dan Keusahawanan (CE EXPO) UPM adalah salah satu usaha bagi menangani isu-isu nasional berkaitan kebolehpasaran dan daya saing graduan. CE EXPO UPM merupakan satu saluran yang amat penting bagi mengintegrasikan kerjasama antara agensi Kerajaan dengan pelbagai sektor industri/swasta/NGO dalam melaksanakan satu bentuk program bersepadu melibatkan graduan dan bakal graduan UPM.

Selain itu, CE EXPO UPM peringkat UPM adalah program kerjaya yang komprehensif dalam usaha untuk meningkatkan kebolehdapatan kerja graduan. Program ini terbuka kepada umum dan inisiatif ini diambil oleh CEM untuk melaksanakan program kerjaya dan keusahawanan bagi kumpulan sasar pelajar tahun akhir, bakal graduan, alumni UPM serta semua graduan IPT yang mencari pekerjaan.

Program ini diadakan untuk membuka ruang perbincangan dan perkongsian maklumat berkaitan kerjaya oleh syarikat-syarikat/agensi-agensi luar kepada pelajar tahun akhir, bakal graduan, alumni UPM dan graduan IPT lain.

Antara objektif CE EXPO UPM ini diadakan adalah sebagai peluang kepada kumpulan sasar ini untuk bersemuka dan berinteraksi dengan syarikat/agensi luar, memberi pendedahan dan latihan intensif kepada bakal graduan UPM persiapan yang lengkap sebelum memasuki dunia kerjaya. Malah, CE EXPO UPM juga membuka ruang kepada pihak industri untuk turut terlibat dalam membantu graduan, di samping bakal graduan dapat mengisi jawatan-jawatan kosong seterusnya meningkatkan peratusan kebolehdapatan kerja dan kebolehpasaran graduan UPM dan memberi pendedahan serta peluang kepada bakal graduan UPM dalam bidang keusahawanan.

Program tahunan ini membawa impak besar kepada pihak universiti dan para graduan seperti meningkatkan bilangan syarikat atau organisasi yang mengambil/menemuduga graduan UPM dan meluaskan jaringan kerjasama antara pihak industri dengan UPM.

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 23/10/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdWAs~