Kepentingan Media Sosial Dalam Keusahawanan | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » Kepentingan Media Sosial dalam Keusahawanan

Kepentingan Media Sosial dalam Keusahawanan

Dalam dunia digital yang bergerak laju pada masa kini, teknologi berubah secara berterusan, membentuk cara kita hidup, berkomunikasi, dan melakukan kerja. Sesuatu yang dahulu dilihat sebagai suatu aktiviti hiburan, kini telah menjadi suatu instrumen yang mampu membawa perkembangan yang besar. Media sosial telah berubah menjadi salah satu platform yang paling berguna untuk sesiapa pun yang mahu mengembangkan pengaruh mereka. Untuk para usahawan, media sosial memainkan peranan yang penting dalam membina dan mengekalkan suatu perniagaan yang berjaya.

  1. Meningkatkan Kesedaran Jenama

Salah satu kebaikan utama media sosial ialah kebolehannya untuk meningkatkan kesedaran jenama. Platform seperti Instagram, Tiktok, dan Facebook membenarkan suatu perniagaan untuk mencapai audiens yang luas dalam masa yang singkat. Apabila konten yang berkaitan dimuat naik dengan kadar konsisten, pihak usahawan dapat memperkenalkan produk atau servis mereka kepada bakal-bakal pelanggan yang masih belum mengetahui kewujudan mereka. Lebih kerap suatu jenama itu mendedahkan diri mereka, lebih tinggi peluang untuk mereka menarik minat.

2. Memantapkan Penglibatan Pelanggan

Media sosial membenarkan usahawan untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan mereka. Melalui komen, mesej, ataupun dengan siaran langsung (live), suatu perniagaan mampu berkomunikasi dengan pelanggan secara langsung. Tahap interaksi ini membantu untuk mencipta hubungan yang lebih peribadi, dan membantu pelanggan untuk terasa lebih dihargai dan didengari. Oleh sebab itu, penglibatan syarikat meningkat, menyebabkan minat dan kesetiaan pelanggan meningkat.

3. Membina Hubungan dan Kepercayaan dengan Pelanggan

Membina kepercayaan pelanggan adalah amat penting bagi setiap perniagaan, dan media sosial amat memudahkan proses ini. Dengan berkongsi konten yang autentik, membalas pertanyaan pelanggan, dan menangani maklum balas dari pelanggan, para usahawan mampu mencipta hubungan yang baik dengan pelanggan mereka. Apabila pihak pelanggan merasakan bahawa suatu bisnes itu sangat berterus-terang dan responsif dengan mereka, adalah lebih mudah bagi mereka untuk mempercayai perniagaan tersebut dan meneruskan sokongan mereka pada masa panjang.

4. Pemasaran dan Pengiklanan yang Menjimatkan Kos

Berbanding dengan cara-cara pemasaran perniagaan yang tradisional seperti melalui televisyen atau penggunaan iklan bertampal, media sosial merupakan cara yang lebih murah. Usahawan boleh mempromosikan produk mereka dengan kos yang rendah menggunakan konten yang menarik minat pelanggan. Iklan berbayar di media sosial
juga adalah lebih murah dan boleh disasarkan kepada pelanggan yang tertentu. Ini membuatkan media sosial menjadi suatu cara pemasaran yang ideal, terutamanya bagi perniagaan kecil yang mempunyai bajet rendah.

5. Membina Autoriti Jenama

Konten yang konsisten dan bernilai di media sosial membantu untuk mengetengahkan suatu perniagaan sebagai pakar dalam bidangnya. Dengan berkongsi pengetahuan dan pandangan yang berkaitan dengan industri, usahawan boleh menunjukkan kepakaran dan kredibiliti. Lama-kelamaan, imej perniagaan yang bagus akan terbina, lalu mendorong pelanggan untuk memandang perniagaan ini sebagai dipercayai dan profesional.

Kesimpulannya, media sosial telah menjadi suatu alat yang amat penting dalam keusahawanan moden. Bukan sahaja meningkatkan kesedaran jenama, ia juga menaiktarafkan penglibatan pelanggan, membina kepercayaan, memberi langkah-langkah pemasaran yang jimat, dan mengukuhkan autoriti jenama. Usahawan yang menggunakan media sosial dengan betul lebih berkemungkinan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan kekal kompetitif dalam dunia yang kini digital.


Ditulis oleh : Muhammad Hazeem Aizuddin bin Azmi

Tarikh Input: 09/06/2026 | Kemaskini: 09/06/2026 | hendrik

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
X, (04:20:22pm-04:25:22pm, 15 Jun 2026)   04:20:31pm