KEPUTUSAN PEMENANG - PUNB UNI-CHALLENGE 2024 X UPM
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia menganjurkan PUNB UniChallenge 2024, pertandingan berkonsepkan Keusahawanan Sosial yang direka khas untuk mencungkil bakat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
PUNB Uni-Challenge adalah bukti komitmen PUNB x UPM dalam melahirkan usahawan yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara melalui pendekatan sosial dan lestari. Melalui program ini adalah diharapkan agar ia menjadi platform kepada mahasiswa untuk mencipta perubahan dalam komuniti melalui idea-idea segar dan inovasi perniagaan.
Dalam program ini, peserta bersama mentor dalam kalangan pensyarah dan staf UPM akan bekerjasama rapat dengan usahawan setempat dalam melaksanakan pelan strategi perniagaan yang boleh dipraktikkan serta dipromosikan melalui pelbagai platform digital.
Sebanyak 11 kumpulan mahasiswa UPM telah membentangkan idea melalui Rancangan Perniagaan masing-masing pada 10 November 2024.
Pembentangan idea-idea tersebut telah dinilai oleh tiga orang juri iaitu Encik Ludinata bin Misnun, Timbalan Pengarah CEM (Ketua Juri), Dr. Mujaheed bin Hassan, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia (Juri 2) dan Encik Hamimi Mohd Shamsudin, Pegawai PUNB (Juri Ketiga).
Lima kumpulan terbaik akan menerima geran permulaan projek berupa wang tunai sebanyak RM2,000. Berikut ialah lima kumpulan yang berjaya:
(1) Pertama

Kumpulan 6
Nama Projek: FosCorner
Fakulti/Kolej: Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
(2) Kedua

Kumpulan 8
Nama Projek: Kelapa Laut Greenbiz
Fakulti/Kolej: Kolej Sepuluh
(3) Ketiga

Kumpulan 12
Nama Projek: GreenUp
Fakulti/Kolej: Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (UPM Kampus Bintulu)
(4) Keempat

Kumpulan 4
Nama Projek: AgroSTEM@PUTRA
Fakulti /Kolej: Fakulti Pertanian
(5) Kelima

Kumpulan 2
Nama Projek: Nylaa Superhero Premium Nugget
Fakulti/Kolej : Fakulti Pertanian
Manakala, 3 pembentang terbaik pula akan menerima sijil pencapaian cemerlang iaitu:
(1) Pertama

Kumpulan 6
Nama Projek: FosCorner
Fakulti/Kolej: Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
(2) Kedua

Kumpulan 9
Nama Projek: Pelita Desa
Fakulti/Kolej: Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
(3) Ketiga

Kumpulan 4
Nama Projek: AgroSTEM@PUTRA
Fakulti /Kolej: Fakulti Pertanian
Tahniah diucapkan. 5 kumpulan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak CEM untuk program selanjutnya. Kepada kumpulan yang tidak berjaya, terima kasih atas penyertaan anda. Pihak CEM akan memberikan sijil penyertaan dan cuba lagi pada masa hadapan!
Pengarah
Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM)
Universiti Putra Malaysia
Tarikh Input: 10/11/2024 | Kemaskini: 10/11/2024 | zubair

Aras 1 CEM, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Klik > Video Lokasi <