LAPORAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEUSAHAWANAN SISWA 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » LAPORAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEUSAHAWANAN SISWA 2019

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEUSAHAWANAN SISWA 2019

Majlis Pelancaran Bulan Keusahawanan Siswa 2019 telah diadakan dengan jayanya 7 Oktober 2019 di Dewan Besar UPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Kamel Mohamad Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir sama adalah Prof. Datin Paduka Dato. Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM.

Bulan Keusahawanan Siswa 2019 merupakan antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah inisiatif untuk menyemarakkan lagi semangat keusahawanan di dalam seluruh ekosistem IPT negara kita.

Pada tahun 2019 Bulan Keusahawanan adalah bertemakan merealisasikan aspirasi dan potensi keusahawanan melalui tema ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai lagi graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang sebagai job creator.

Pelaksanaan program ini juga adalah selari dengan aspirasi pelajar dan sistem di bawah pelan pembangunan pendidikan malaysia (pendidikan tinggi) dan objektif Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020.

Semasa majlis ini berlangsung terdapat juga pameran produk pelajar daripada beberapa IPT yang terpilih bagi menyemarakkan dan memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Keusahawanan Siswa 2019 antaranya produk yang dipamerkan adalah makanan dan hiasan seni lukis.

Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 21/10/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEeAAh~