PROGRAM SPECIAL SOCIAL ENTREPRENEUR@HIGHER EDUCATION | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » PROGRAM SPECIAL SOCIAL ENTREPRENEUR@HIGHER EDUCATION

PROGRAM SPECIAL SOCIAL ENTREPRENEUR@HIGHER EDUCATION

Program Special Social Entrepreneur@ Higher Education. Program ini adalah julung kali diadakan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai penyelaras bagi program ini.  Seramai 6 orang pelajar UPM dan 21 orang pelajar daripada Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP) telah terpilih bagi menjayakan program ini yang diadakan selama 3 bulan secara berfasa.  Objektif program ini adalah:

 

  1. Mentransformasi minda komuniti Orang kelainan upaya (OKU) untuk menceburi bidang keusahawanan.
  2. Membantu komuniti di kalangan Orang kelainan upaya (OKU) untuk mengembangkan perniagaan.
  3. Membuka peluang perkerjaan untuk golongan Orang kelainan upaya (OKU)

 

Program ini juga turut di adakan di 4 buah Universiti lain iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).  Bagi membantu dan meningkatkan taraf hidup golongan OKU ke arah yang lebih baik melalui pendidikan keusahawanan. Pihak UPM telah mengambil insiatif untuk menganjurkan program ini agar berlakunya knowledge transfer di antara pelajar UPM, tenaga pengajar dan pelajar daripada Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP). Sebanyak 4 modul keusahawanan telah diajar kepada peserta agar mereka sekurang-kurangnya mempunyai pemikiran dan ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan. Penglibatan golongan OKU ini sangat memberi impak yang positif bagi mengembangkan bakat dan nilai tambah dalam diri agar mereka  lebih bersemangat dan berusaha untuk berjaya pada masa hadapan sebagai seorang usahawan.

Tarikh Input: 14/05/2019 | Kemaskini: 14/05/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1319
0389471124
C1569230042