Social Enterprise@Urban Community (SE@UC) | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » Social Enterprise@Urban Community (SE@UC)

Social Enterprise@Urban Community (SE@UC)

Social Enterprise@Urban Community (SE@UC) merupakan satu program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi isi rumah komuniti Bandar. Pelajar akan menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran dan ilmu keusahawanan bagi membantu dan memberi nilai tambah kepada komuniti bandar bagi membentuk satu bentuk pendapatan dan perniagaan yang boleh dijalankan di rumah.

Antara objektif program Social Enterprise@Urban Community (SE@UC) ini diadakan adalah melahirkan usahawan komuniti Bandar, meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti Bandar, mentransformasikan pemikiran mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang keusahawanan melalui sesi gerak kerja lapangan sebagai usahawan sosial, serta menerapkan ciri-ciri keusahawanan dalam diri masyarakat melalui mahasiswa sebagai agen keusahawanan.

Program ini melibatkan beberapa fasa dimulakan dengan fasa pertama iaitu Training of Trainers (TOT) Induk yang melibatkan komuniti dan pelajar-pelajar UPM bagi memberi penerangan perjalanan program dan peranan masing- sementara fasa kedua pula adalah bengkel keusahawanan dan terakhir adalah karnival jualan bagi mempromosikan produk komuniti yang terlibat.

Impak program ini dapat dilihat dari segenap segi seperti melahirkan minat untuk menjadi Usahawan Siswa serta meningkatkan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar, meningkatkan ketampakan (visibility) universiti bersama komuniti, perkongsian ilmu dan kepakaran universiti dengan komuniti, malahan meningkatkan ekonomi komuniti dan hubungan IPTA dengan komuniti setempat.

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 02/10/2018 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1319
0389471124
C1569230234