Pertandingan Tenpin Boling CEMRex Meriah | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » Pertandingan Tenpin Boling CEMRex Meriah

Pertandingan Tenpin Boling CEMRex Meriah

BANGI, 19 Januari 2024 - Pertandingan Tenpin Boling Kelab Rekreasi CEM (CEMRex) 2024 berlangsung meriah di Ampang Superbowl, Bangi Gateway di sini, hari ini dengan penyertaan 12 peserta mewakili 3 pasukan.

Presiden CEMRex, Norhisham Shaari berkata kejohanan itu berjaya mencapai objektif penganjuran untuk mengumpul dan mengeratkan silaturrahim antara sesama staf CEM.

"Tujuan penganjuran kejohanan ini lebih kepada berkumpul dan melakukan aktiviti bersama semua staf dan ahli keluarga masing-masing," katanya pada program dirasmikan Timbalan Pengarah CEM, Ludinata Misnun.

"Pertandingan ini juga diharap dapat mengukuhkan kerjasama yang baik antara sesama staf daripada 3 seksyen yang saling memerlukan. Peranan setiap staf dalam kerja berpasukan amat diperlukan bagi mencapai KPI kerja di CEM”

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah CEM, Ludinata Misnun berharap Kemahiran fokus yang diperoleh melalui sukan tenpin boling dapat memberi manfaat dalam meningkatkan produktiviti dan ketelitian di tempat kerja.

"Saya terharu melihat sambutan diberikan oleh warga CEM dan keluarga masing-masing yang sudi turut serta mengambil bahagian.

"Saya harap penganjuran pertandingan berbentuk sukan dan rekreasi seperti ini dapat dibuat pada setiap tahun," katanya - CEM.

+++

Senarai jatuhan pin dan pemenang adalah seperti berikut:

Johan : Seksyen Pentadbiran (Jatuhan Pin 804)

Naib Johan : Seksyen Kebolehpasaran Graduan (Jatuhan Pin 795)

Ketiga : Seksyen Pembangunan Keusahawanan (Jatuhan Pin 732)

 

Skor Tertinggi Lelaki

Johan : Encik Hisham (Pin Falls 246)
Naib Johan: Encik Ludinata (Jatuhan Pin 225)
Ketiga: Encik Zulkifli (Jatuhan Pin 173)

Skor Tertinggi Wanita

Johan: Puan Syafika (Jatuhan Pin 249)
Naib Johan: Puan Sazila (Jatuhan Pin 211)
Ketiga: Cik Sue (Jatuhan Pin 188)

Tarikh Input: 23/01/2024 | Kemaskini: 25/01/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdJAv~