Kajian Pengesanan Graduan
Kajian Pengesanan Graduan atau 'Tracer Study' merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengetahui status graduan selepas menamatkan pengajian (terutamanya dalam tempoh 6 bulan bergraduat).
Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas graduan berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan di UPM.
Dapatan dari kajian ini dapat membantu UPM untuk memperkukuhkan inisiatif kebolehpasaran graduan supaya selari dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pendidikan Tinggi, yang visinya adalah ke arah graduan holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global.
Kerjasama semua graduan amat dihargai dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap dan seterusnya dapat meningkatkan peratusan GE UPM.
Nota:
Soal selidik ini sangat mudah untuk diisi dan tidak akan mengambil masa yang panjang. Ia tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah, cuma jawapan yang berkaitan dengan anda. Semua maklumat yang diisi dalam sistem ini adalah rahsia.
Kemaskini:: 07/10/2024 [zul_mohd]
PERKONGSIAN MEDIA