10 Pasukan Terbaik Mara Ke Peringkat Akhir IoT Incubator Top Agropreneur 2.0 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN cem
» BERITA » 10 Pasukan Terbaik Mara ke Peringkat Akhir IoT Incubator Top Agropreneur 2.0

10 Pasukan Terbaik Mara ke Peringkat Akhir IoT Incubator Top Agropreneur 2.0

Serdang, 15 Jun 2025
Sebanyak 10 pasukan terbaik telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir IoT Incubator Top Agropreneur 2.0 selepas sesi pembentangan kemajuan projek yang berlangsung di Dewan Reka Bentuk, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bersama UPM ini menghimpunkan 15 pasukan dari 13 institusi pengajian tinggi dan kolej komuniti seluruh negara untuk mengetengahkan inovasi berasaskan teknologi IoT dalam sektor pertanian.

Sesi penilaian dikendalikan oleh tiga panel profesional:

  • Dr. Afnizanfaizal Abdullah (MRANTI)

  • Ts. Dr. Mohd Fitri Yakub (UTM)

  • Puan Noorhazreen Binti Abd Ghani (PUNB)

Senarai 10 Pasukan Terbaik:

  1. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  2. Kolej Komuniti Bentong

  3. Universiti Putra Malaysia (UPM 1)

  4. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

  5. Universiti Putra Malaysia (UPM 2)

  6. Kolej Komuniti Santubong

  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

  8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  9. Universiti Malaysia Kelantan (UMK 1)

  10. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Kesemua pasukan ini menerima dana pembangunan RM3,000 dan akan bertanding semula pada peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung Oktober ini.

Tarikh Input: 16/06/2025 | Kemaskini: 16/06/2025 | hidayahyahya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
W, (02:43:13pm-02:48:13pm, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]