2 PELAJAR UPM BERJAYA KE REALITI TV PROGRAM TAIKUN MUDA | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » 2 PELAJAR UPM BERJAYA KE REALITI TV PROGRAM TAIKUN MUDA

2 PELAJAR UPM BERJAYA KE REALITI TV PROGRAM TAIKUN MUDA

Kota Bharu, 16 Februari 2022 – Dua (2 ) orang pelajar UPM telah berjaya menjadi finalis Program realiti TV MOHE Star Biz Challenge (Taikun Muda) iaitu Adlina Jamaluddin pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Che Thaqif Bin Che Mustafha pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Majlis Perasmian program ini telah di adakan di Dewan Keusahawanan, UMK Kota Kampus Kelantan semalam dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin Bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


Seramai 11 orang pelajar daripada 8 Universiti Awam telah terpilih sebagai finalis dan melayakkan mereka menyertai realiti TV Program MOHE Star Biz Challenge (Taikun Muda). Finalis akan dibimbing oleh mentor usahawan berjaya  dan berpeluang mempelajari ilmu perniagaan dalam meniti kejayaan sebagai usahawan berjaya.

Pemenang akhir Program Taikun Muda ini akan menerima hadiah utama iaitu geran perniagaan sebanyak RM50,000.00 berserta sijil dan trofi. Program realiti tv ini akan ditayangkan di saluran TV Al Hijrah bermula pada  23  Februari 2022 ,setiap rabu pukul 9.30 malam.

Tarikh Input: 24/02/2022 | Kemaskini: 24/02/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXETMAy~