45 MAHASISWA UPM BAKAL SERTAI SISWAPRENEUR STARTUPBIZ | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » 45 MAHASISWA UPM BAKAL SERTAI SISWAPRENEUR STARTUPBIZ

45 MAHASISWA UPM BAKAL SERTAI SISWAPRENEUR STARTUPBIZ

Serdang, 25 Oktober 2021 – Program Siswapreneur StartupBiz anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) bakal diadakan pada 30-31 Oktober 2021. Program Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan disertai oleh 45 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar UPM tentang perniagaan sekaligus memberi opsyen kepada para pelajar dalam memilih kerjaya setelah bergraduat kelak. Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali berkata, CEM menyediakan platform begini bagi pelajar yang berminat dalam perniagaan supaya mereka lebih terdedah dan mempunyai fikiran terbuka.  

Peserta yang menyertai program ini akan mengikuti beberapa modul seperti Business Model Canvas (BMC), Persediaan Menjadi Usahawan, Pinjaman dalam Perniagaan dan lain-lain. Selepas program tamat, perniagaan peserta akan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Program ini pertama kalinya dijalankan secara dalam talian bagi mengekang penularan kes Covid-19.

Program dua hari ini akan menampilkan penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang perniagaan dari Brainy Bunch Sdn. Bhd., TEKUN Nasional, PUNB, MDEC dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Menurut salah seorang peserta yang telah berdaftar, mereka berasa teruja untuk menghadiri program ini kerana topik-topik yang menarik dan bermanfaat.

Diharapkan melalui program ini dapat membentuk graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Usaha ini demi melahirkan usahawan siswa yang lebih berdaya saing di mata masyarakat.

Tarikh Input: 29/10/2021 | Kemaskini: 29/10/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbGAT~