5 PROGRAM MAKMUM BAKAL LAHIRKAN USAHAWAN PELAJAR | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » 5 PROGRAM MAKMUM BAKAL LAHIRKAN USAHAWAN PELAJAR

5 PROGRAM MAKMUM BAKAL LAHIRKAN USAHAWAN PELAJAR

SERDANG, 26 Julai - Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-universiti Malaysia (MAKMUM) telah berlangsung dengan jayanya di dalam talian pada hari ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM yang juga merupakan Pengerusi MAKMUM.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah-pengarah Pusat Keusahawanan Universiti Awam dan Pegawai-pegawai Keusahawanan yang menjadi wakil MAKMUM universiti masing-masing. Pihak Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM selaku sekretariat MAKMUM telah telah menjadi hos mesyuarat yang dilaksanakan secara dalam talian dengan aplikasi Zoom.

Menurut Prof. Dr. Arifin Abdu, agenda utama mesyuarat tersebut ialah untuk meluluskan penganjuran lima (5) program keusahawanan mahasiswa mengikut zon-zon yang telah ditetapkan dengan jumlah keseluruhan pembiayaan oleh MAKMUM sebanyak RM40,000.00.

“Lima (5) zon tersebut ialah Zon Utara : Business Marketing Competition (BMC) anjuran USM & UUM, Zon Tengah : “Application of Design Thinking and Creativity” anjuran UKM & UIAM, Zon Selatan : Pertandingan Usahawan Digital 2021 anjuran UTM & UTHM, Zon Timur : Webinar Keusahawanan@MAKMUM: Membina Empayar Perniagaan Di Era Digital dan COVID-19 anjuran UMT & UNISZA dan Zon Borneo : Simposium Keusahawanan Mahasiswa Borneo 2021 anjuran UNIMAS & UMS”, katanya lagi.

Menurut Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah CEM UPM pula, pengumuman rasmi daripada MAKMUM mengenai semua lima (5) program berkenaan akan dibuat oleh para penganjur melalui Pusat-pusat pembangunan Keusahawanan di universiti masing-masing mulai 1 Ogos 2021.

MAKMUM ditubuhkan di bawah Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor/ Rektor (HEPA) sebagai salah satu cara pihak UA menyelaras pelaksanaan program keusahawanan di universiti masing-masing.

 

Ludinata bin Misnun

CEM

Tarikh Input: 27/07/2021 | Kemaskini: 27/07/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEZTAW~