60 PELAJAR TIMBA PENGALAMAN MELALUI SISWAPRENEUR STARTUPBIZ@CEM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » 60 PELAJAR TIMBA PENGALAMAN MELALUI SISWAPRENEUR STARTUPBIZ@CEM

60 PELAJAR TIMBA PENGALAMAN MELALUI SISWAPRENEUR STARTUPBIZ@CEM

Bintulu, 5 Ogos 2023 - Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah menganjurkan Program Siswapreneur StartupBiz@CEM pada 5 & 6 Ogos 2023 di UPM Kampus Bintulu.

Program ini adalah satu program yang memberi pendedahan kepada pelajar di peringkat awal dalam bidang keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya selepas bergraduat. Seramai 60 orang pelajar daripada 3 buah institut pengajian telah turut serta dalam program ini iaitu pelajar dari UPM Kampus Bintulu, Politeknik Mukah dan Kolej Vokasional Bintulu. Peserta program telah diberi pendedahan tentang kepentingan keusahawanan, pemasaran digital, rancangan perniagaan, inovasi dan kreativiti dan lain-lain.

Program Siswapreneur Startupbiz@CEM yang berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus, UPM Kampus Bintulu.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali berkata program ini dapat memberikan pendedahan dan pendidikan tentang keusahawanan pada peringkat awal dan dapat menimbulkan minat pelajar terhadap keusahawanan secara semula jadi.

“Harapan saya dari Program Siswapreneur Startupbiz ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya dalam kalangan pelajar melalui kerjasama di antara CEM dan UPM Kampus Bintulu”, katanya lagi.

Tarikh Input: 17/08/2023 | Kemaskini: 17/08/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdOAP~