8 PELAJAR UPM SERTAI PROGRAM DIGITAL INNOVATION CREATIVEPRENEUR 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » 8 PELAJAR UPM SERTAI PROGRAM DIGITAL INNOVATION CREATIVEPRENEUR 2022

8 PELAJAR UPM SERTAI PROGRAM DIGITAL INNOVATION CREATIVEPRENEUR 2022

12 Januari 2023, Kuala Nerus - Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2022 diadakan untuk meraikan pembangunan kandungan kreatif digital di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia.

DICE 2022 adalah salah satu usaha KPT bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) untuk mencipta platform yang kondusif bagi pelajar dalam bidang landskap kreatif, meningkatkan bakat, serta memperkasakan pembangunan produk dan inisiatif promosi hasil kreatif. Seramai 172 pelajar dan 43 pensyarah IPT telah menghasilkan 43 projek kandungan kreatif, termasuk trailer animasi, filem pendek, dokumentari, aplikasi augmented reality, aplikasi virtual reality, dan aplikasi permainan mudah alih.

Dua kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar setiap kumpulan iaitu pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM telah menyertai program ini. Dua orang mentor dari fakulti yang sama iaitu Dr. Hizmawati Madzin dan Ts. Dr. Siti Khadijah Ali telah menyertai program ini sebagai penasihat bagi setiap kumpulan. Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama dari agensi luar dan rakan industri yang hebat, seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDeC), CRADLE Fund Sdn. Bhd., MYStartUP, KRU Entertainment, Warnakala Studio, MRANTI, Celcom, MZR Global, V3X Malaysia Sdn Bhd dan Tolahah Creative.

Majlis penutup program ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA dan disempurnakan oleh YBrs. Puan Noraidah Abdullah, TSUB Bahagian Perancangan Strategik KPT dan turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA. Timbalan Pengarah CEM, Encik Ludinata Misnun turut menghadiri majlis penutupan program yang telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Bagi kategori Video Kreatif, tempat pertama telah dirangkul oleh UPNM melalui Syarikat Pemula Maha Studio. Manakala Syarikat Pemula Fabul Ar Resources dari KK Selayang, berjaya tempat pertama bagi kategori Interaktif Media.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali berkata program ini memberi pendedahan dalam era keusahawanan digital kepada pelajar dan wajar diteruskan demi memupuk semangat keusahawanan pelajar.

Tarikh Input: 19/01/2023 | Kemaskini: 19/01/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEURAK~