AFIG ADREL DILANTIK SEMULA PENGERUSI KOSISWA UPM BAGI SESI 2024/2025 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » AFIG ADREL DILANTIK SEMULA PENGERUSI KOSISWA UPM BAGI SESI 2024/2025

AFIG ADREL DILANTIK SEMULA PENGERUSI KOSISWA UPM BAGI SESI 2024/2025

SERDANG, 29 Februari 2024 - Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ke – 7 secara hybrid di Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) di sini hari ini yang bertujuan untuk melantik Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KOSISWA UPM yang baharu bagi tahun 2024/2025.

Pelajar tahun akhir Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Muhammad Afig Iskandar Bin Adrel telah dilantik semula sebagai Pengerusi KOSISWA UPM bagi sesi 2024/2025.

Beliau yang juga merupakan Exco Sekretariat Keusahawanan MPP UPM Sesi 2023/2024 berkata barisan kepimpinan yang baharu ini diharapkan dapat bekerjasama bagi memajukan lagi KOSISWA UPM pada sesi kali ini dengan menambah beberapa lagi aktiviti perniagaan dan melonjak keterlihatan KOSISWA dalam kalangan pelajar UPM.

“ALK baharu yang dilantik akan diberi latihan bagi meningkatkan kemahiran dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi terutamanya dalam pengurusan perniagaan, kewangan, program dan aktiviti” katanya lagi.

Dalam pada itu, KOSISWA UPM menerima 3 muka baharu ALK iaitu Pang Khong You, Timbalan Pengerusi; Cik Nur Suhaila Binti Juharei, Setiausaha dan Siti Nur Syafiqah Ramli, Timbalan Setiausaha.

Bagi tahun 2024, KOSISWA UPM akan memberi tumpuan kepada perniagaan baru, iaitu penganjuran Latihan Sijil Profesional seperti Jurusolek Artis (SKM2), sambil berusaha untuk meningkatkan pemasaran perniagaan sedia ada, termasuk Bengkel Basikal dan Kafe Kopi Cemara yang menjadi ikon perniagaannya.

Selain itu, KOSISWA UPM juga menyediakan pelbagai latihan bagi anggota KOSISWA UPM antaranya Seminar Pembangunan Koperasi, Kursus Modal Insan, dan Kursus Keusahawanan.

Tarikh Input: 15/03/2024 | Kemaskini: 15/03/2024 | zubair

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdIAD~