AKADEMI PKNS SDN BHD DAN UPM JALIN KERJASAMA | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » AKADEMI PKNS SDN BHD DAN UPM JALIN KERJASAMA

AKADEMI PKNS SDN BHD DAN UPM JALIN KERJASAMA

SHAH ALAM, 8 Mac – Akademi PKNS Sdn Bhd dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalinkan kerjasama dalam penganjuran program di bawah PENJANA KPT-CAP @ STATE yang merupakan program keusahawanan yang berstuktur disusun oleh pihak Akademi PKNS Sdn Bhd.

Menurut Timbalan Pengarah CEM, En. Ludinata bin Misnun, penyertaan seramai 60 orang peserta yang merupakan anak Negeri Selangor selama 7 hari dengan pelbagai pengisian akan membantu peserta pengetahui kaedah perniagaan yang betul sesuai dengan masa kini.

“Modul yang dibina oleh pihak Akademi PKNS Sdn Bhd ini merupakan modul yang boleh katakan lengkap untuk mereka yang baru memulakan perniagaan selain perkongsian daripada mereka yang pakar turut memabntu dalam meningkatkan keyakinan peserta untuk mencebuti dunia perniagaan”, katanya.

Beliau menambah, peserta yang terdiri daripada pelbagai latar perniagaan akan mengikuti program bersama jurulatih yang disediakan oleh Akademi PKNS Sdn Bhd dengan konsisten.

Program PENJANA KPT-CAP @ STATE merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu graduan dalam memperoleh pekerjaan atau melakukan aktiviti keusahawanan dengan memantauan daripada pihak pemberi khidmat.

Tarikh Input: 24/03/2023 | Kemaskini: 24/03/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEaUAk~