AMBIL PEDULI FORMULA UNTUNG RUGI UNTUK STRATEGI PEMASARAN BERKESAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » AMBIL PEDULI FORMULA UNTUNG RUGI UNTUK STRATEGI PEMASARAN BERKESAN

AMBIL PEDULI FORMULA UNTUNG RUGI UNTUK STRATEGI PEMASARAN BERKESAN

Serdang, 20 Mei 2022 – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, UPM telah menganjurkan Program Borak Tepi: Keusahawanan dan Kerjaya. Tema Kos Pemasaran Sifar menjadi pilihan tajuk untuk sesi kali ini. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kolej Tun Dr. Ismail, UPM itu mendapat lebih 100 penonton di Facebook Live CEM.

Program pada kali ini menampilkan Encik Hamimi Mohd Shamsudin, Pegawai Kanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. Semasa program berlangsung, beliau menekankan formula pemasaran yang berkesan iaitu pengiraan keuntungan kasar atau ‘Gross Profit’.

Secara umumnya, formula hasil jualan dan untung sangat penting dan boleh disimulasikan bagi tujuan menghitung jualan, untung dan rugi. 

“Mengikut formula ini, hasil jualan boleh ditingkatkan dengan dua cara iaitu menaikkan harga barangan, kekalkan harga dan kuantiti jualan atau mengekalkan harga jualan dan menaikkan kuantiti jualan.

“Manakala, untung boleh ditingkatkan dengan dua cara iaitu menaikkan jualan dan mengekalkan kos atau mengekalkan jualan dan menurunkan kos.", kata Encik Hamimi.

Dalam pada itu, seorang peserta program yang ditemui berkata, program tersebut telah memberikan kefahaman kepadanya untuk memahami kaedah kos pemasaran sifar dengan kaedah kiraan untung kasar dan untung bersih yang betul.

Rentetan kefahaman mengenai pentingnya formula tersebut, yang mengambilkira kuantiti jualan, harga jualan, dan kos jualan, dalam merangka startegi pemasaran, usahawan perlu mengetahui berapakah kuantiti yang perlu dijual, pada harga apa yang sesuai untuk mencapai objektif jualan dan untung.

Program Borak Tepi: Keusahawanan dan Kerjaya merupakan program bual bicara anjuran CEM secara dalam talian yang mengetengahkan pelbagai isu dan topik terkini mengenai keusahawanan dan kerjaya untuk mahasiswa UPM. Slot yang berlangsung selama satu jam ini telah dipengerusikan oleh mahasiswa UPM iaitu Saudari Izzah Yasmien Zulaikha binti Hashimi.

Tarikh Input: 09/06/2022 | Kemaskini: 09/06/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdTA3~