ATIQAH HUSNA PENERIMA ANUGERAH PENGUSAHA STESEN SHELL SESI 2020/2021 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » ATIQAH HUSNA PENERIMA ANUGERAH PENGUSAHA STESEN SHELL SESI 2020/2021

ATIQAH HUSNA PENERIMA ANUGERAH PENGUSAHA STESEN SHELL SESI 2020/2021

Serdang, 19 Mac 2022 – Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke - 45 telah menobatkan Atiqah Husna Binti Zulkernain graduan Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM sebagai penerima Anugerah Pengusaha Stesen Shell bagi Sesi Akademik 2020/2021 yang berlangsung di Dewan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. Beliau telah membawa pulang wang tunai RM5,000.00, Pingat Emas dan Sijil yang ditaja oleh Pengusaha Stesen Minyak Shell.

Atiqah yang telah memulakan perniagaan sejak tahun 2019, tidak menjadikan status pelajar sebagai penghalang menjadi seorang usahawan. Berkat usaha dan pembelajaran ilmu perniagaan secara berterusan beliau telah berjaya mempunyai tiga (3) premis perniagaan di sekitar UPM yang menjual produk makanan dan minuman. Hasil jualan bulanan mencecah hampir RM22,000.00 merupakan penanda aras kejayaan sebenar sepanjang beliau menjadi seorang usahawan.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana pihak Universiti telah memilih saya sebagi penerima anugerah ini. Saya sangat berterima kasih kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), kedua ibu bapa saya dan suami atas sokongan dan dorongan membantu mengembangkan lagi perniagaan saya dalam pelbagai aspek.  Saya berniaga sambil belajar ini lebih kepada minat dan rasa seronok untuk cipta peluang pekerjaan kepada graduan yang lain semasa di dalam kampus”, katanya.

Minat mendalam untuk meniaga dan mencari duit tambahan bagi menampung perbelanjaan sepanjang dalam pengajian adalah faktor utama mendorong beliau menjalankan perniagaan. Tidak lupa dengan kekangan sumber kewangan semasa belajar, Atiqah telah memberi peluang kepada 21 orang pelajar UPM yang berminat bekerja denganya. Ini menunjukkan juga bahawa bidang keusahawanan mampu menjadikan seorang daripada pencari perkerjaan kepada penjana perkerjaan 

“Perancangan masa hadapan saya adalah untuk membuka restoran sendiri di samping menjadi pengeluar makanan Ready To Eat (RTE)  kepada syarikat stesen minyak dan kedai serbaneka yang lain, katanya.

Tarikh Input: 21/03/2022 | Kemaskini: 21/03/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEZHAP~