BEDAH ‘OHSEM RESUME’ TARIK PERHATIAN PELAJAR & GRADUAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » BEDAH ‘OHSEM RESUME’ TARIK PERHATIAN PELAJAR & GRADUAN

BEDAH ‘OHSEM RESUME’ TARIK PERHATIAN PELAJAR & GRADUAN

SERDANG, 17 Feb 2022 – Program Virtual UPM Cluster 2022 merupakan program kerjasama antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan syarikat/agensi/ badan kerajaan bagi membantu graduan dalam persediaan dalam menghadapi dunia pekerjaan selepas bergraduan. Untuk Siri 1, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memulakan program dengan tajuk Covid-19 Pandemic: How to Kick-start your Career yang akan berkongsi menghasilkan resume terbaik dan juga penerangan platform MYFutureJobs.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata program yang masuk tahun kedua ini sangat memberi impak dalam menjadi orang tengah kepada pelajar/graduan dalam mendapatakan pekerjaan.

“Seperti tahun lepas, Program Virtual UPM Cluster ini dirasakan sangat membantu pelajar/graduan dalam memperoleh pandangan dan pengalaman daripada syarikat/agensi/ badan kerajaan sekaligus dapat membantu pelajar/graduan dalam mendepani reality dunia pekerjaan,” katanya.

Pengarah CEM menambah lagi, program yang akan dilakukan setiap bulan ini akan menampilkan pelbagai syarikat/agensi/ badan kerajaan yang akan berkongsi pelbagai perihal termasuk peluang pekerjaan yang ada untuk manfaat semua.

“Kerjasama seperti ini perlu diberi tumpuan dalam membantu pelajar/graduan lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik melanda negara ketika ini”, menurutnya lagi.

Program Virtual UPM Cluster 2022 yang diadakan setiap bulan ini merupakan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pelbagai syarikat/agensi/ badan kerajaan.

Tarikh Input: 24/02/2022 | Kemaskini: 24/02/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEYJAN~