BENGKEL PENULISAN RESUME & CV BERI IMPAK BESAR KEPADA BAKAL GRADUAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » BENGKEL PENULISAN RESUME & CV BERI IMPAK BESAR KEPADA BAKAL GRADUAN

BENGKEL PENULISAN RESUME & CV BERI IMPAK BESAR KEPADA BAKAL GRADUAN

SERDANG, 23 Mei - Program Alumni & Career Expo (ACE) anjuran Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2020/2021 Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia dengan  kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah diadakan di secara maya di platform Youtube K10 UPM pada 23 Mei 2021 yang bertujuan untuk untuk mendedahkan pelajar dengan pembelajaran seumur hidup mengenai pencarian pekerjaan dan mengenalpasti potensi diri dalam mencorakkan perjalanan kerjaya mereka

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata seramai 670 orang peserta yang turut serta secara langsung dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang persediaan menghadapi alam kerjaya setelah berjaya menamatkan pengajian.

“Apa yang dikongsikan oleh En. Gareld Lee dapat membantu pelajar mengenalpasti kecenderungan minat diri supaya dapat membantu dalam menghadapi cabaran di alam pekerjaan”, ujarnya.

Salah seorang peserta, Faridah Jamaluddin berkata, banyak input yang diberikan oleh En. Gerald Lee dalam proses carian kerja lebih-lebih lagi musim Covid-19 ini.

“Bengkel teknik penulisan resume ini sangat membantu semua peserta yang turut serta dan sekaligus memberi keyakinan kepada semua dalam menghasilkan resume & CV yang baik sebelum bergraduan”, menurutnya lagi.

Program Alumni & Career Expo (ACE) ini dianjurkan oleh Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2020/2021 Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan.

Tarikh Input: 14/06/2021 | Kemaskini: 14/06/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDcRAR~