CELCOMDIGI SISWAPRENEUR BOOTCAMP DEDAH ILMU ARTIFICAL INTELLIGENCE (AI) KEPADA PELAJAR UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » CELCOMDIGI SISWAPRENEUR BOOTCAMP DEDAH ILMU ARTIFICAL INTELLIGENCE (AI) KEPADA PELAJAR UPM

CELCOMDIGI SISWAPRENEUR BOOTCAMP DEDAH ILMU ARTIFICAL INTELLIGENCE (AI) KEPADA PELAJAR UPM

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023 - CelcomDigi telah menganjurkan Program CelcomDigi Siswapreneur Bootcamp 2023 pada 14 & 15 Oktober 2023 di Residensi UTMKL, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai ilmu keusahawanan digital. Peserta program berpeluang untuk belajar lebih mendalam tentang penggunaan Artifical Intelligence (AI) dalam penulisan kreatif dan sebagainya. Seramai tujuh orang pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai Program CelcomDigi Siswapreneur Bootcamp 2023 ini.

Program CelcomDigi Siswapreneur Bootcamp 2023 ini berlangsung selama dua hari dan disertai oleh pelbagai institusi pengajian di seluruh Malaysia.

“Melalui program ini, saya memperoleh banyak ilmu baru mengenai keusahawanan digital,” kata salah seorang pelajar yang mengikuti program ini. Program ini memberikan impak kepada peserta program yang mengikuti kerana pelbagai ilmu yang dapat mereka timba.

“Sebelum saya mengikuti program ini, saya kurang mengambil tahu mengenai keusahawanan digital ini, namun setelah mengikuti program ini, saya mengetahui banyak perkara tentang keusahawanan digital ini,” katanya lagi.

Semoga program ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai atribut dan nilai-nilai keusahawanan.

Tarikh Input: 23/11/2023 | Kemaskini: 23/11/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdKAd~