
SERDANG 22 Ogos - Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah menganjurkan Bengkel Kebolehpasaran Graduan Bersama Pasukan Penggerak Kebolehpasaran Graduan (GE) UPM pada 22 - 23 Ogos 2024, di Dewan Putra PKPP. Bengkel yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk memperkukuhkan strategi kadar kebolehpasaran graduan UPM melalui kerjasama strategik dengan pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) amnya dan Fakulti khususnya.
Menurut Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Hizmawati Madzin, objektif utama bengkel ini ialah untuk membentangkan data terkini mengenai kebolehpasaran graduan UPM tahun 2023.
“EM cuba menyediakan platform perbincangan bersama pasukan penggerak GE di Fakulti dan PTJ lain bagi mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi, terutamanya dalam memastikan graduan mendapat pekerjaan selepas bergraduat”, Katanya lagi.
Menurutnya lagi, bengkel ini juga membincangkan solusi dan resolusi bersama Fakulti dan PTJ lain untuk meningkatkan penjajaran kemahiran insaniah graduan UPM agar selari dengan keperluan industri.

Fakulti dan PTJ lain turut diberi peluang untuk membentangkan kaedah dan amalan terbaik mereka dalam pengumpulan data dan pembangunan ekosistem kebolehpasaran graduan di PTJ masing-masing, dengan tujuan untuk bersama-sama mencapai sasaran Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 yang ditetapkan oleh KPT.
Sementara itu, Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah pula berkata, beliau gembira kerana sesi perkongsian amalan terbaik daripada Fakulti-fakulti untuk memastikan Fakulti lain juga mendapat manfaat daripada maklumat tersebut.
“Hal ini mencerminkan, kita di UPM tidak boleh bergerak secara solo mengikut fakulti sahaja. Tetapi, perlu bergerak secara 1 pasukan dengan berkongsi amalan-amalan terbaik di Fakulti masing-masing untuk memastikan graduan UPM yang dilahirkan mempunyai “Industry-Ready Graduate.

Hal ini sekaligus, meningkatkan peratusan graduan yang bekerja mengikut bidang dengan gaji yang progresif. berkualiti dan memenuhi keperluan industri”, jelasnya lagi.
Dalam majlis ini juga, Naib Canselor UPM turut melancarkan Dashboard Kebolehpasaran Graduan (GE) UPM.
Dashboard GE UPM yang dibangunkan oleh CEM ini, merupakan inisiatif untuk memantau data kebolehpasaran graduan UPM secara berterusan dengan kemudahan capaian pantas dalam talian secara langsung (live). - CEM
Tarikh Input: 26/08/2024 | Kemaskini: 26/08/2024 | zul_mohd

Aras 1 CEM, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Klik > Video Lokasi <