CEM & IDEC Pacu Transformasi Digital UPM Melalui Bengkel Data Analitik Bersama CDO | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » CEM & iDEC Pacu Transformasi Digital UPM melalui Bengkel Data Analitik bersama CDO

CEM & iDEC Pacu Transformasi Digital UPM melalui Bengkel Data Analitik bersama CDO

Serdang, 6 Mac 2025 – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Data Analitik dan Dashboard, yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer, CDO) UPM, YBhg. Profesor Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, dengan kerjasama pasukan dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC).

Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam aktiviti pembudayaan data dan kebijakan digital di UPM, yang menjadi asas utama kepada agenda transformasi digital universiti. Ia turut menyokong usaha ke arah merealisasikan "True North" UPM, melalui pengukuhan strategi berasaskan data khususnya dalam aspek kebolehpasaran graduan.

Menurut pihak penganjur, bengkel ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam penggunaan data analitik dan dashboard dalam pengurusan maklumat, malah turut memberi penekanan kepada peranan data yang tepat dan real-time dalam membentuk dasar serta tindakan strategik yang lebih berkesan.

Program ini telah melibatkan penyertaan staf CEM bersama-sama pasukan teknikal iDEC, dan merangkumi sesi penerangan, demonstrasi serta perbincangan interaktif berkaitan pembangunan dan penggunaan dashboard bagi menyokong sistem pemantauan graduan dan prestasi kebolehpasaran mereka.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan UPM dalam memperkukuh kecekapan digital di peringkat pentadbiran dan pembangunan pelajar, selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju kecemerlangan dalam pendidikan tinggi bertaraf global.

Pihak CEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CDO UPM dan pasukan iDEC atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan bengkel ini.

#cem #upm #dataanalytics #digitaltransformation #truenorth #berilmuberbakti

Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 25/03/2025 | zubair

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
X, (06:02:55am-06:07:55am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]