FESTIVAL KEUSAHAWANAN KENDERA SAJI MENJADI DAYA TARIKAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » FESTIVAL KEUSAHAWANAN KENDERA SAJI MENJADI DAYA TARIKAN

FESTIVAL KEUSAHAWANAN KENDERA SAJI MENJADI DAYA TARIKAN

SERDANG, 29 Jun - Festival Keusahawanan Kendera Saji telah diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 29 Jun 2022 bersempena dengan Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM x PERKESO: MYCAREER @MOHE 2022 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dan PERKESO.

Menurut Prof Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah CEM, festival itu mampu menjadi satu platform kepada usahawan kendera saji mendapat peluang perniagaan dengan pelbagai jenis perniagaan.

“Ini adalah peluang terbaik untuk kami di CEM membuat hubungan yang baik dengan komuniti usahawan kendera saji dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan lagi trend perniagaan ini kepada orang ramai

Selain itu, lokasi festival ini juga salah satu tempat strategik yang boleh mendapatkan ramai orang dari kalangan pelajar, staf dan orang awam yang berkunjung ke perpustakaan tersebut.

“Para pemilik kendera saji bukan sahaja mendapat pengalaman berniaga di dalam kampus. Tetapi pada masa yang sama memberi peluang kepada para usahawan pelajar mendapatkan sebanyak mungkin petua, pengalaman dan cabaran mengusahakan perniagaan kendera saji daripada para usahawan berkenaan”, katanya.

“Terima kasih atas undangan dan telah memberi peluang dan pengalaman untuk menyertai festival ini, kami berharap pihak CEM dapat menjemput kami lagi pada masa akan datang. Kami juga ingin mencadangkan supaya pihak CEM dapat menganjurkan festival seperti ini setiap bulan.” Kata Encik Hamdan Ahmad pemilik kendera saji Tiga Budak Gemok.

Festival Keusahawanan Kendera Saji yang berlangsung selama satu hari itu julung-julung kali diadakan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dengan Kerjasama Koperasi Siswa UPM Berhad. Ia akan dilangsung dengan lebih kerap pada masa akan datang sebagai salah satu aktiviti perniagaan yang terkenal pada masa kini.

Tarikh Input: 06/08/2022 | Kemaskini: 06/08/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdVAe~