Global Start-Up Training Program Kyungpook National Unversity, Daegu | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » Global Start-Up Training Program Kyungpook National Unversity, Daegu

Global Start-Up Training Program Kyungpook National Unversity, Daegu

Global Start-Up Training Program
Kyungpook National Unversity, Daegu
23 Julai - 3 Ogos 2018
 
Pada 23 Julai - 3 Ogos 2018, seorang usahawan pelajar UPM iaitu Nurzulaikha Binti Raduian telah terpilih untuk menyertai program Global Start-Up Training Program bertempat di Kyungpook National Unversity, Daegu, Korea Selatan. 
 
Program ini melibatkan seramai 4 orang pelajar dari Universiti Awam iaitu dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pegawai pengiring, Puan Salwa dari Malaysia Technology Development Corporation (MTDC).
 
Program Global Start-Up Training Program ini telah dianjurkan oleh Malaysian Tecnology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama Kyungpook National University (KNU) dan Asian Park Association (ASPA). 
 
Program diadakan dengan tujuan memberi latihan keusahawanan dengan modul yang disunting oleh KNU dan MTDC agar bersesuaian dengan pembelajaran pelajar Malaysia dan Korea. Para peserta juga dijangka akan dapat lebih memahami peluang yang ada di kedua-dua belah negara dan menggunakannya sebagai persediaan bagi membangunkan syarikat.

Tarikh Input: 05/09/2018 | Kemaskini: 02/10/2018 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEaWAP~