HAIKAL TERIMA RM 10,000 BANTUAN PELAJARAN BERJAYA SOMPO | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » HAIKAL TERIMA RM 10,000 BANTUAN PELAJARAN BERJAYA SOMPO

HAIKAL TERIMA RM 10,000 BANTUAN PELAJARAN BERJAYA SOMPO

SERDANG 24 November - Berjaya Sompo Insurance, melalui kerjasama dengan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, telah menganugerahkan bantuan pelajaran sebanyak RM10,000 kepada Muhammad Haikal Daniel bin Mohd Zainizam.

Haikal, pelajar semester pertama program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia, menjadi perhatian ramai kerana kisahnya yang inspiratif.

Menurut Mohd Fauzi Bin Kassim, Pengurus Sumber Manusia Berjaya Sompo Insurance, ketabahan dan keazaman Haikal dalam mengharungi cabaran hidup demi meneruskan pengajian telah menarik perhatian, sekali gus membawa kepada pengiktirafan ini melalui Program Bantuan Pendidikan CSR BSIB 2024.

“Usaha ini juga sejajar dengan komitmen Berjaya Sompo Insurance terhadap inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG)”, Katanya lagi.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Hizmawati Madzin, Pengarah CEM berkata, inisiatif CEM untuk mendapatkan sumbangan ini bukan sahaja berupa bantuan kewangan, tetapi juga lambang kepercayaan terhadap potensi besar Haikal untuk mencapai impian dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

“UPM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Berjaya Sompo Insurance kerana sudi memberi sumbangan ini.

“Saya percaya Haikal akan belajar dengan lebih semangat lagi”, Ujarnya lagi.

Haikal yang ditemui selepas majlis penyerahan bantuan pelajaran tersebut berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Berjaya Sompo yang telah banyak meringankan beban beliau dalam mendanai keperluan pengajiannya. “Bantuan ini sangat bermakna untuk saya!”, katanya dengan penuh kesyukuran.

Berjaya Sompo Insurance merupakan syarikat insurans yang beroperasi di Malaysia, menawarkan pelbagai produk insurans yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Syarikat ini adalah sebahagian daripada kerjasama antara Berjaya Group, sebuah konglomerat Malaysia, dan Sompo Holdings, sebuah syarikat insurans global dari Jepun.

Berjaya Sompo terkenal dengan komitmennya terhadap perkhidmatan pelanggan dan inovasi dalam menyediakan penyelesaian insurans sambil mempromosikan inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).


Klik di sini untuk menonton video inspirasi Haikal: https://www.tiktok.com/@berjayasompoinsurance/video/7436208114518576385?q=berjaya%20sompo&t=1732532323409

Tarikh Input: 26/11/2024 | Kemaskini: 26/11/2024 | zubair

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
X, (12:23:31pm-12:28:31pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]