“HOW TO ROCK AFTER GRADUATE” PERSIAP DIRI SELEPAS BERGRADUAT | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » “HOW TO ROCK AFTER GRADUATE” PERSIAP DIRI SELEPAS BERGRADUAT

“HOW TO ROCK AFTER GRADUATE” PERSIAP DIRI SELEPAS BERGRADUAT

SERDANG, 26 Jan - Program Virtual #BorakTepi Keusahawanan Dan Kerjaya Siri 1 dengan tajuk “How to Rock After Graduate” yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah diadakan di secara maya di Facebook CEM UPM pada 26 Januari 2021 yang bertujuan untuk membantu mereka yang di luar sana untuk menjana pendapatan melalui ‘permainan kewangan’ yang bermaksud pelaburan saham.

Menurut Pengarah CEM YBhg. Prof. Madya Dr Mas Hareeza, program ini telah menarik seramai 250 peserta yang terdiri daripada bakal graduan. Melalui program ini, sebanyak sedikit dapat membantu mahasiswa yang bakal graduan bersedia dalam menghadapi dunia pekerjaan apabila bergraduat nanti”,katanya lagi.

Menurut seorang peserta, Putera Khairul Aiman berkata bahawa, beliau dapat sebanyak sedikit tentang maklumat-maklumat yang berkaitan dengan persiapan diri untuk menghadapi alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti.

“Melalui program ini, banyak input yang saya perolehi dalam menghadapi dunia pekerjaan lebih-lebih lagi dizaman pasca covid-19 ini”, kongsi beliau. 

Program Virtual #BorakTepi Keusahawanan dan Kerjaya telah dianjuran oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM (CEM) bertujuan untuk membantu mahasiswa bagi menempuhi cabaran dalam persaingan pasaran kerja di Malaysia.

Tarikh Input: 31/03/2021 | Kemaskini: 31/03/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEUSAl~