JERAYAWARA CEM KE FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMPENA INTERNSHIP DAY 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » JERAYAWARA CEM KE FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMPENA INTERNSHIP DAY 2022

JERAYAWARA CEM KE FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMPENA INTERNSHIP DAY 2022

Serdang, 19 Ogos – Sesi jerayawara CEM ke Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM telah diadakan secara dalam talian pada 19 Ogos 2022 bersempena Program Internship Day 2022. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal graduan arah tuju dan panduan selepas bergraduan kelak.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali berkata lebih 100 orang bakal graduan daripada fakulti tersebut telah diberi pendedahan berkenaan status semasa kebolehpasaran graduan FSKTM pada hari tersebut. Bakal graduan bukan sahaja didedahkan dengan status terkini, malah mereka juga telah mengetahui pelbagai aktiviti dan peluang yang CEM buka kepada semua.

“Perkongsian ini sangat penting bagi memberi pendedahan dan membuka mata bakal graduan FSKTM berkenaan hala tuju program yang diambil dan peluang kerjaya untuk mereka. Semua dapatan ini diambil daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semasa minggu konvokesyen,” katanya lagi.

“Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) ini adalah sistem yang dikendalikan oleh KPT dalam mengkaji kadar kebolehapsaran graduan universiti awam di Malaysia selepas mereka bergraduat,” tambahnya.

Sesi jerayawara CEM ke fakulti merupakan inisiatif CEM dalam menerangkan situasi terkini kadar kebolehpasaran graduan semasa kepada pihak bekepentingan di PTJ.

 

Tarikh Input: 30/08/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEUMAj~