JUARA PROGRAM ENTREPRENUER CHAMPION MENERIMA WANG TUNAI RM3,000 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » JUARA PROGRAM ENTREPRENUER CHAMPION MENERIMA WANG TUNAI RM3,000

JUARA PROGRAM ENTREPRENUER CHAMPION MENERIMA WANG TUNAI RM3,000

Serdang, 2 Julai - Pelajar Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Perkerjaan), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Che Thaqif Bin Che Mustafha muncul juara program Entrepreneur Champion anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, (CEM)UPM dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Che Thaqif Bin Che Mustafha muncul juara menerusi syarikat yang ditubuh pada tahun 2019 iaitu KDS Printing, Beliau menerima wang tunai bernilai RM3,000.00 berserta Sijil. KDS Printing menawarkan pelbagai produk percetakan berkualiti dengan harga berpatutan serta memastikan produk dapat memberi kepuasan kepada pelanggan secara individu atau badan korporat.

Entrepreneur Champion merupakan program yang menekankan strategi pemasaran dalam perniagaan pelajar dalam situasi semasa kini. Program ini telah berlangsung dari Mac sehingga Jun 2021 memberi kursus dalam bidang keusahawanan seperti Pemasaran di Instagram, Facebook dan Shopee. Setelah mengikuti kursus, pelajar perlu menjalankan perniagaan selama dua bulan.

Menurut Che Taqif, “ Selama 2 bulan saya telah membuat pelbagai kaedah pemasaran secara online mahupun offline dan mengaplikasikan semua ilmu yang dipelajarinya semasa mengikuti program ini. Saya sangat bersyukur kerana berjaya menjadi juara di dalam pertandingan ini. Saya juga berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong perniagaan ini.” 

Pemenang kedua dimenangi oleh Tuan Nur Syazwani Binti Tuan Ismail menerima wang tunai berjumlah RM2,000.00 berserta sijil. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Ahmad Zahid Bin Ismail menerima wang tunai berjumlah RM1,000.00 berserta sijil. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung secara dalam talian dan disampaikan oleh Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali.

Tarikh Input: 21/07/2021 | Kemaskini: 21/07/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdQAK~