KEMENANGAN KECIL PEMANGKIN SEMANGAT PESERTA DICE 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » KEMENANGAN KECIL PEMANGKIN SEMANGAT PESERTA DICE 2022

KEMENANGAN KECIL PEMANGKIN SEMANGAT PESERTA DICE 2022

Besut, Terengganu – Kumpulan Putra Ocean Heroes muncul sebagai salah satu pemenang dalam Pertandingan Pitching Bootcamp sempena Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2022 di Bukit Keluang Beach Resort anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kemenangan itu membolehkan UPM membawa pulang hamper yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sultan Zainal Abidin di Bukit Keluang Beach Resort, Besut Terengganu.

Kumpulan Putra Ocean Heroes yang diwakili oleh Ahmad Zaki Bin Sharafuddin, Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat berjaya menambat hati juri dengan idea Sustainable Development Global (SDG) 14: Life Below Water dengan bimbingan mentor Dr. Hizmawati Madzin, pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Juri juga tertarik dengan paparan pembentangan kumpulan ini kerana mereka menggunakan info-info grafik yang terkini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai program DICE ini. Kami akan memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung dan juga semasa pertandingan akhir”. Tambahnya lagi.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali turut hadir semasa perasmian program berharap agar kumpulan dari UPM lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan video dan media agar dapat menarik tumpuan para juri di akhir pertandingan kelak.

Objektif Program DICE adalah untuk melatih pelajar yang mempunyai ciri-ciri kemahiran keusahawanan kreatif yang memanfaatkan inovasi dan teknologi digital dalam kandungan kreatif multimedia. Sebanyak 20 penyertaan dalam kalangan institut pengajian tinggi termasuklah Institut Pengajian Tinggi Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Tarikh Input: 03/10/2022 | Kemaskini: 03/10/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXETNAa~