KERJASAMA UPM DAN DECATHLON MALAYSIA DALAM MENCARI BAKAT BARU DUNIA PEKERJAAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » KERJASAMA UPM DAN DECATHLON MALAYSIA DALAM MENCARI BAKAT BARU DUNIA PEKERJAAN

KERJASAMA UPM DAN DECATHLON MALAYSIA DALAM MENCARI BAKAT BARU DUNIA PEKERJAAN

PETALING JAYA, 20 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat jenama sukan hebat di Malaysia iaitu Decathlon Malaysia dalam mencari bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan untuk terlibat secara langsung di dalam dunia produk sukan.

Timbalan Pengarah CEM, En. Ludinata bin Misnun berkata, jenama Decathlon sedang meniti bibir rakyat Malaysia kerana penghasilan produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Pelbagai jawatan yang ditawarkan dengan faedah yang sangat menarik ditawarkan oleh mereka.

“Rangkaian produk terbaik adalah daripada mereka yang hebat dibelakang tabir dalam menghasilkan setiap produk jenama Decathlon. Bakat baharu ini yang digilap akan menjadikan produk yang dihasilkan sangat bermutu”, katanya.

Beliau menambah, pelbagai jawatan yang disediakan untuk bakat baharu turut serta dan mengembangkan bakat sedia ada untuk menjadi lebih baik.

Decathlon Malaysia merupakan sebuah jenama sukan yang makin meningkat naik. Menyediakan pelbagai rangkaian produk untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia.

Tarikh Input: 24/03/2023 | Kemaskini: 24/03/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDcTAR~