KONSEP DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) TARIK MINAT CEM BUAT KUNJUNGAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » KONSEP DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) TARIK MINAT CEM BUAT KUNJUNGAN

KONSEP DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) TARIK MINAT CEM BUAT KUNJUNGAN

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2019 – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Lawatan tersebut melibatkan 8 orang staf CEM termasuk 2 orang pegawai. Tujuan kunjungan tersebut dibuat adalah untuk mendapatkan sumber rujukan dan panduan bagi membangunkan sudut bacaan di CEM bagi menyokong agenda Read@Uni yang telah diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana ia untuk melahirkan warga yang mempunyai amalan atau budaya membaca bukan sahaja dikalangan pelajar  malah staf UPM sendiri. Objektif utama kunjungan tersebut dijalankan adalah untuk membangunkan sudut bacaan di CEM yang menerapkan elemen digital yang telah diamalkan oleh PNM.

 Melalui sesi kunjungan yang telah diadakan ternyata konsep digital yang diamalkan di PNM sangat menarik minat dan perhatian kami sekaligus dapat menambah pengetahuan tentang koleksi-koleksi digital yang boleh digunapakai secara percuma oleh orang awam. Konsep digital tersebut amat relevan dengan zaman pemodenan teknologi pada masa kini.

Encik Wan Rozaini bin Wan Ibrahim selaku Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundangan, PNM telah memberi sedikit sebanyak input tentang keperluan, panduan serta khidmat nasihat bagi membangunkan sudut bacaan. Sesi lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderamata oleh pihak CEM dan PNM.

Tarikh Input: 06/09/2019 | Kemaskini: 01/11/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEXTAR~