Konvensyen KOSISWA Kebangsaan 2018 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » Konvensyen KOSISWA Kebangsaan 2018

Konvensyen KOSISWA Kebangsaan 2018

Bangunan ANGKASA, Kelana Jaya
6 - 8 Februari 2018
 

Pada 6 - 8 April yang lepas, telah diadakan Konvensyen KOSISWA Kebangsaan 2018 bertempat di Bangunan ANGKASA, Kelana Jaya yang menghimpunkan ahli-ahli Koperasi Siswa (KOSISWA) dari seluruh negara.
 
Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM) telah menghantar wakil seramai 2 orang dalam konvensyen tersebut. Ia adalah bertujuan untuk memberi tambah nilai kepada ahli koperasi dan membantu urus tadbir kiosk jualan Siswa Save KOSISWA UPM.
 
Antara intipati konvensyen adalah penerangan Dasar dan Halatuju Keusahawanan IPT oleh Puan Normalia Ibrahim, Ketua Unit Keusahawanan dan PPRN, Kementerian Pendidikan Tinggi serta info berkaitan koperasi siswa. Antara aspek utama yang ditekankan adalah berkaitan peluang perniagaan yang boleh dijalankan oleh sesebuah koperasi siswa dan pengurusan serta tadbir urus koperasi siswa.

Tarikh Input: 22/05/2018 | Kemaskini: 23/05/2018 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEUEAK~