KOSISWA UPM ANJUR PROGRAM CELIK DUIT | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » KOSISWA UPM ANJUR PROGRAM CELIK DUIT

KOSISWA UPM ANJUR PROGRAM CELIK DUIT

Serdang, 16 Mac – Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia (KOSISWA UPM BERHAD) hari ini menganjurkan Program Cuti Sekolah: Celik Duit khusus buat pelajar sekolah pada 16 Mac 2023 dengan disertai oleh 18 orang pelajar sekolah tahun 1 hingga 6.

Program ini dijalankan bersama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM dan Agro Bank. Pihak Agro Bank telah memperkenal Buku Wang Saku sebagai tanda sokongan bank terhadap inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM).

Buku wang saku yang diperkenalkan oleh BNM secara khususnya untuk digunakan oleh pelajar sebagai alat pembelajaran dalam menyemai budaya dan tabiat pengurusan wang peribadi yang bijak.

Semasa program berlangsung, KOSISWA UPM telah menjalankan aktiviti “keperluan dan kehendak” di mana peserta perlu memilih barangan sama ada barangan tersebut keperluan atau kehendak. Dalam aktiviti ini peserta dapat mengenalpasti kepentingan sesuatu barangan dalam kehidupan dan tidak membeli barangan yang tidak perlu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada KOSISWA UPM kerana memberi peluang kepada anak-anak saya untuk menyertai program celik duit ini. Mereka sangat gembira mempelajari ilmu kewangan dan aktiviti yang dijalankan”. Kata Encik Zakky Yamanie. Beliau telah menghantar dua orang anaknya menyertai program ini.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali turut hadir semasa perasmian program berharap agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan. Beliau berkata, “anak-anak zaman sekarang perlu diberi pendedahan dalam pengurusan kewangan dari kecil lagi supaya mereka lebih bijak menguruskan wang”.

“Ilmu berkenaan pengurusan kewangan di peringkat awal merupakan satu perkara penting terutama bagi golongan belia pada hari ini. Ini kerana mereka sering berdepan dengan cabaran menguruskan kewangan sehingga menyebabkan mereka terperangkap dalam dalam bebanan hutang di usia muda” tambah beliau lagi.

Program setengah hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai ilmu pengurusan kewangan pada usia muda sekaligus melahirkan anak-anak yang bijak berbelanja.

Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEYKAI~