Latihan Siswamall KPT-CELCOM Siswapreneur@UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » Latihan Siswamall KPT-CELCOM Siswapreneur@UPM

Latihan Siswamall KPT-CELCOM Siswapreneur@UPM

Celcom Planet Sdn. Bhd.
9 - 7 Mac 2018
 
Seramai 21 orang pelajar UPM telah diberi peluang mendapatkan pendedahan keusahawanan berkonsepkan dalam talian (online) menerusi  program Latihan Siswamall KPT-CELCOM Siswapreneur@UPM anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan kebolehpasaran Graduan (CEM).
 
Konsep pembelajaran online yang diadapatasi dari program Latihan Siswamall ini adalah berbeza berbanding teknik pembelajaran online yang pernah digarap oleh pihak CEM sebelum ini. Pelajar telah didedahkan secara khusus dengan teknik fotografi produk secara efektif bagi medium aplikasi jual beli barangan secara online dan mendapat persijilan khas serta akaun rasmi penjual bagi aplikasi 11street. Peserta juga mendapat akses khas bagi menggunakan studio fotografi profesional dan beberapa kemudahan kondusif yang terdapat di ibu pejabat 11street.

Tarikh Input: 22/05/2018 | Kemaskini: 22/05/2018 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdJAh~