MRCB BUKA LALUAN PROGRAM JUNIOR HALAL EKSEKUTIF KEPADA GRADUAN UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » MRCB BUKA LALUAN PROGRAM JUNIOR HALAL EKSEKUTIF KEPADA GRADUAN UPM

MRCB BUKA LALUAN PROGRAM JUNIOR HALAL EKSEKUTIF KEPADA GRADUAN UPM

KUALA LUMPUR, 24 Mac - Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah menjemput Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk sama-sama dalam melaksanakan Program Halal Junior Eksekutif pertama di Malaysia. Program ini bertujuan melatih seramai mana graduan UPM untuk memperoleh pensijilan halal.

Menurut Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, program junior halal eksekutif ini merupakan program yang berstruktur yang seharusnya pelajar atau graduan rebut peluang yang tersedia dengan pelbagai faedah yang baik.

“Untuk permulaan seramai 20 peserta akan dilatih untuk menjadi alumni program Junior Halal Eskekutif dan berharap program ini akan dapat menarik lebih ramai peserta sekaligus menjadi nilai tambah kepada diri sendiri”, katanya.

Beliau menambah lagi, dunia hari ini banyak pihak khususnya syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan makanan dan kosmetik memerlukan mereka yang mempunyai pensijilan halal untuk bekerja dengan mereka dan dengan pensijilan ini sekaligus boleh meningkatkan kebolehpasaran graduan selepas bergraduan.

Program Junior Halal Eksekutif ini merupakan program pensijilan halal yang diberikan kepada graduan selepas mengikuti program sebagai nilai tambah kepada graduan sebelum masuk kedunia pekerjaan.

Tarikh Input: 24/03/2023 | Kemaskini: 24/03/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEaRAI~