PAMER HASIL JUALAN 2 TAN MELALUI KONSEP PETIK DILADANG | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » PAMER HASIL JUALAN 2 TAN MELALUI KONSEP PETIK DILADANG

PAMER HASIL JUALAN 2 TAN MELALUI KONSEP PETIK DILADANG

KOTA BHARU, 26 Mac 2021 – Program ‘Structured Entrepreneurial Incubator Program (SEIP) anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan di Dewan Keusahawanan, Kampus Kota, UMK pada 26 -29 Mac 2021 yang bertujuan menonjolkan hasil produk pelajar melalui aktiviti teori dan praktikal secara berstruktur.

Menurut Pengarah CEM UPM, Prof Madya Dr. Mass Hareeza Ali, program lebih memerlukan peserta untuk memperkasakan aspek praktikal dalam pemasaran jualan disamping pemasaran secara online.

Menurut beliau lagi, keberkesaan perlaksanaan program jelas dapat ditonjolkan melalui hasil produk bermutu yang dipamerkan oleh peserta pada hari ini.

“Setelah lebih 3 bulan kami berpanas di ladang, kini, akhirnya kami puas setelah melihat hasil dari penat lelah kami selama ini ”, kata Muhammad Hafiz Aiman Mohd Khairuddin.

Hafiz dan kumpulan berjaya menjana pendapatan lumayan melalui hasil tuaian rockmelon menghampiri 2 tan melalui penggunaan sistem fertigrasi. Pendekatan pemasaran melalui story instagram dan konsep petik sendiri bagi pelanggan amat memberi impak positif terhadap hasil jualan.

Pameran bagi program SEIP ini diadakan menerusi Special Bootcamp 1 yang turut melibatkan Universiti Teknikal Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik Muazzam serta UMK dan UPM.

Tarikh Input: 25/04/2021 | Kemaskini: 25/04/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEUSAH~