PELUANG PINJAMAN MIKROKREDIT BAGI USAHAWAN SISWA UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » PELUANG PINJAMAN MIKROKREDIT BAGI USAHAWAN SISWA UPM

PELUANG PINJAMAN MIKROKREDIT BAGI USAHAWAN SISWA UPM

Serdang, 29 Mac 2022 - Putra Science Park (PSP) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) menawarkan Pinjaman Mikrokredit melalui Program Pembangunan Keusahawanan Mikro (Microcredit Entrepreneurship Development – MED). 

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah PSP, program ini memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar UPM meliputi pinjaman modal mikro, penambahbaikan idea, pemantauan, bimbingan dan mentor. 

“Program ini bertujuan untuk menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar yang berminat secara berterusan namun kekurangan modal untuk memulakan perniagaan”, katanya semasa ditemubual dalam Program Borak Tepi: Keusahawanan dan Kerjaya yang disiarkan secara dalam talian di Facebook Live CEM pada 29 Mac 2022.

Tambah beliau lagi, permohonan pinjaman yang terbuka kepada semua pelajar aktif UPM boleh dibuat dengan menghubungi Puan Norazaidah Yahaya di emel norazaidah@upm.edu.my / 012 2636313 atau Puan Mazlina Ismail di emel mazlinaismail@upm.edu.my/ 03- 97691469.

Program Borak Tepi: Keusahawanan dan Kerjaya merupakan program bual bicara anjuran CEM secara dalam talian yang mengetengahkan pelbagai isu dan topik terkini mengenai keusahawanan dan kerjaya untuk mahasiswa UPM.

Tarikh Input: 04/04/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdAAb~