PENGARAH CEM RANGKUL ANUGERAH FELOWSHIP NAIB CANSELOR 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » PENGARAH CEM RANGKUL ANUGERAH FELOWSHIP NAIB CANSELOR 2023

PENGARAH CEM RANGKUL ANUGERAH FELOWSHIP NAIB CANSELOR 2023

SERDANG, 20 Julai – Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid, berjaya meraih Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pembangunan Pelajar pada Majlis Gemilang Putra 2023 (MGP 2023) di sini hari ini.

Beliau yang merupakan pakar dalam bidang keusahawanan dan komunikasi perniagaan menyatakan rasa sukacitanya setelah meraih anugerah itu pada majlis berkenaan.

Katanya, kejayaan yang diraih hari ini bukan daripada usahanya semata-mata tetapi hasil kerjasama berpasukan bersama staf CEM sepanjang lapan tahun beliau menyandang jawatan Pengarah di pusat itu.

“Saya percaya penglibatan saya di peringkat kementerian dengan menerajui kumpulan penulis dalam membangunkan Pelan Strategi Kebolehpasaran Graduan (PSKG 2021-2025) (Institusi Pendidikan Tinggi) dan Pelan Tindakan Keusahawanan Universiti Awam (UA) Malaysia turut menambah kredit atas pemilihan saya ini.

“Melalui kedua-dua pelan tersebut, kita dapat merancang dan melaksanakan pelbagai program keusahawanan dan kerjaya berimpak tinggi di UPM. Sudah tentu, ia memberi manfaat yang besar kepada para pelajar dan graduan kita”, kata penerima Anugerah Top 5 Entrepreneurial Leader of the Year 2023,  itu lagi,  ketika ditemui selepas MGP 2023 di Dewan Besar UPM, di sini, hari ini.

Penglibatan aktif serta komitmen beliau sepanjang menerajui CEM telah memperlihatkan perubahan dan impak yang membanggakan UPM, terutamanya terhadap peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan dan pembangunan keusahawanan pelajar.

Pencapaian beliau yang membanggakan ialah melalui inisiatif dan projek kebolehpasaran graduan yang memberi impak kepada peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan UPM, iaitu daripada 85% pada 2016 (85%) kepada 99.4% pada 2022.

Manakala pada 2016 pula, UPM telah dinobatkan sebagai Universiti Keusahawanan Terbaik, Ministry of Higher Education Entrepreneurial Awards (MEA) yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). - CEM

Tarikh Input: 24/07/2023 | Kemaskini: 24/07/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdPAY~