Pada 17 April 2018 telah diadakan pertandingan Entrepreneur Challenge : Let’s Duit sempena Career & Entrepreneur Expo UPM ( CE EXPO). Sebanyak 10 kumpulan telah memasuki pertandingan ini yang mewakili kolej masing-masing. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk meningkatkan atribut keusahawanan dikalangan pelajar UPM.
Kolej Tiga Belas telah berjaya menjadi juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 1,000.00, plak dan sijil. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM sempena Majlis Perasmian Career & Entrepreneur Expo UPM ( CE EXPO).
Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 27/09/2018 | zul_mohd
Aras 1, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor