PROGRAM UNIVERSITY TO COMMUNITY (UTC) BERI IMPAK BESAR DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » PROGRAM UNIVERSITY TO COMMUNITY (UTC) BERI IMPAK BESAR DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL

PROGRAM UNIVERSITY TO COMMUNITY (UTC) BERI IMPAK BESAR DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL

Tanjung Malim, 29 September 2023 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Program Keusahawanan Univeristy To Community (UTC) 2.0 pada 25 hingga 27 September 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program ini adalah satu program yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu keusahawanan sosial. Program ini disertai oleh empat orang pelajar dan seorang mentor daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program Keusahawanan University To Community (UTC) 2.0 yang berlangsung selama tiga hari telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Banyak yang saya peroleh daripada program ini. Jika saya tidak mengikuti program ini, saya mungkin tidak mengetahui kewujudan program yang berkaitan dengan keusahawanan sosial,” kata salah seorang pelajar yang mengikuti program ini.

“Program ini membantu saya menambahkan lagi ilmu yang sedia ada. Saya yakin dengan mengikuti program sebegini, ilmu keusahawanan dapat didedahkan kepada semua pelajar,” kata Afig, salah seorang pelajar yang mengikuti Program Keusahawanan University To Community (UTC) 2.0.

Semoga program yang dijalankan ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Tarikh Input: 23/11/2023 | Kemaskini: 23/11/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdOAk~