Program Youth E-Commerce Program (YEP) Siri 1/2018 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » Program Youth E-Commerce Program (YEP) Siri 1/2018

Program Youth E-Commerce Program (YEP) Siri 1/2018

Program Youth E-Commerce Program (YEP) Siri 1/2018
Hangzhou, China
20 - 31 Januari 2018
 
 
 
Pada 20 - 31 Januari 2018, 2 orang usahawan pelajar UPM iaitu Muhammad Aiman Bin Mohd Badrulzaman Shah (Exprimo) dan Noorazeaty Maulad Mohd Khalif (Delish Chocolate) telah terpilih untuk menyertai program Youth E-Commerce Program (YEP) Siri 1/2018 bertempat di Hangzhou, China. 
 
Program ini melibatkan seramai 30 pelajar dari Universiti Awam dan pegawai dari pengiring KPT.
 
Program Youth E-Commerce Program (YEP) Siri 1/2018 telah dianjurkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama AliBaba Group adalah bertujuan meningkatkan prestasi perniagaan pelajar dan meningkatkan kompetensi pelajar usahawan dalam bidang Global E-Commerce bagi menembusi pasaran antarabangsa.
 
 
 
Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan inisiatif ke-2 Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 yang memfokuskan kepada penambahbaikan ekosistem keusahawanan bagi menyokong aktiviti keusahawanan pelajar dalam mencapai matlamat melahirkan graduan berciri keusahawanan unggul dan mengubah minda mereka daripada pencari pekerjaan (job seeker) kepada penjana pekerjaan (job creator).

Tarikh Input: 17/05/2018 | Kemaskini: 22/05/2018 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEUUAC~