RAHSIA 25 TEKNIK MENULIS BERITA | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » RAHSIA 25 TEKNIK MENULIS BERITA

RAHSIA 25 TEKNIK MENULIS BERITA

SERDANG, 15 Mac 2024 – Bengkel PENA @CEM Siri 3, Penulisan Berita dan Kenyataan Media telah diadakan di sini, hari ini.

Program ini dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Ludinata bin Misnun telah berjaya menarik minat semua staf CEM untuk menghadiri program latihan dalaman yang seumpamanya itu.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid berkata, program ini bertujuan untuk semua staf CEM menguasai cara menulis berita gaya akhbar dan majalah yang boleh diterbitkan terus di laman web dan media sosial CEM.

 

 

“CEM memang banyak program yang mempunyai nilai visibiliti yang tinggi untuk diterbitkan. Kita berharap, semua staf sudah boleh menulis berita dengan teknik yang betul selepas ini”, katanya.

Sementara itu, peserta program, Nursazila Maulat Mohd Sani berkata, 25 teknik penulisan berita yang diberikan oleh penceramah sangat senang difahami.

“Rupa-rupanya penulisan berita yang diamalkan oleh para pengamal media komersial itu tidaklah sesusah mana”, kata beliau lagi.

Bengkel PENA @CEM ini merupakan siri latihan dalaman yang dianjurkan oleh CEM untuk meningkat pengetahuan, kemahiran dan kompetensi staf dalam kerjaya.

Tarikh Input: 15/03/2024 | Kemaskini: 15/03/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdIA2~